Iklan

Pengikut

Rabu, 29 Jun 2011

Malaysia VS Chinese Taipei

Rabu, 29 Jun - Wakil LMFC mengucapkan tahniah kepada jululatih pasukan Malaysia, Dato K.Rajagopal dan juga para pemain kerana berjaya menewaskan pasukan Chinese Taipei ataupun lebih dikenali sebagai Taiwan oleh penduduk tempatan.


Jika dilihat pada kedudukan ranking FIFA, Malaysia berada ditangga ke-144 manakala Taiwan berada 21 tangga dibawah Malaysia iaitu tangga ke-165. Oleh yang demikian, kemenangan pasukan Harimau Malaya ini sudah dapat dijangka oleh ramai penyokong pasukan Harimau Malaya ini.


"Sememangnya kemenangan 2 gol berbalas 1 dilaman sendiri bukan satu keputusan yang selamat untuk dijadikan bekalan ke Taiwan pada 3 Julai ini, tetapi ianya masih boleh dibanggakan", ulas Syazwan ketika ditemui selepas menyaksikan perlawanan secara langsung disebuah medan selera di area Tuaran.

Kehadiran penyokong-penyokong pasukan negara di Stadiun Nasional Bukit Jalil menaikkan lagi semangat para pemain untuk berjuang diatas padang. Akhirnya dua gol yang dijaringkan Mohd Safiq Rahim dan Aidil Zafuan menambahkan lagi kegembiraan dan semangat para penyokong pasukan Malaysia yang membanjiri stadium dan yang menonton secara langsung. Walaubagaimanapun, kelalaian bahagian pertahanan Harimau Malaya dihukum dengan jaringan saguhati Taiwan oleh Chang Po Liang.

Tahniah Malaysia. Semoga berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan