Iklan

Pengikut

Rabu, 15 Jun 2011

Spekulasi perpindahan pemain


Kuala Penyu, 15 Jun - Pemain pertahanan kental Limau Manis FC, Hafiz, menyatakan hasrat akan mempertimbangkan keinginan Pimping Mix FC untuk menggunakan semula khidmatnya dan dua hari lepas, dia (hafiz) memulakan latihan bersama Pimping Mix FC dalam satu perlawanan persahabatan menentang All Star FC.


Hafiz ketika ditemui media
"Ianya belum pasti lagi, saya  hanya menyatakan hasrat untuk mempertimbangkannya. Saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan dan mereka memberikan kuasa penuh kepada saya untuk menentukan hala tuju saya sendiri", ulas Hafiz (gambar kiri) ketika ditemui.



Setakat ini, LMFC telah kehilangan beberapa orang pemain penting seperti Ruzaini, Saddam, dan Ikmal. Ruzaini dan Saddam hanya membuat perjanjian pinjaman bersama pasukan lain manakala Ikmal telah menandatangani perjanjian tetap bersama Passompa FC selama lima tahun pada tahun lepas.
Ikmal menandatangani perjanjian perpindahan

Dua orang lagi pemain LMFC iaitu Nuh dan Hilfi dijangka akan dipinjamkan ke Passompa FC untuk setengah tahun. Walaubagaimanapun, ianya masih samar-samar lagi kerana setakat ini masih belum ada petunjuk yang menyatakan mereka benar-benar ingin meninggalkan LMFC untuk setengah musim ini.

Kelihatan Nuh (paling hujung sebelah kiri barisan atas) dan Hilfi (paling hujung sebelah kanan barisan atas) bersama barisan pemain Passompa FC




Fahmi dan Fidaiy pula terpaksa diketepikan beberapa bulan kerana mengalami kecederaan serius. Fahmi dijangka akan beraksi dengan LMFC hujung tahun ini manakala Fidaiy diberitakan sudah mula menjalani proses pemulihan fasa akhir. Walaubagaimanapun, pihak pengurusan tetap tidak akan menurunkan Fidaiy sehingga dia (Fidaiy) benar-benar sembuh.

Pemain-pemain LMFC lain seperti Syazwan, Shahzrulnizzam, Fauzan, Azrizan, Adli, Azrie dan yang lain bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa bagi menyumbang bakti kepada LMFC. Namun begitu, ketua pasukan LMFC, Safirul belum dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kelab kerana mempunyai komitmen lain.


Pada masa ini juga kelab sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat seorang pemain yang berbisa iaitu Fitri Fahizi dan kini mereka sedang berunding dengan pemain tersebut bagi menentukan masa depannya dan kelab LMFC. Selain itu, LMFC juga sedang mengatur langkah bagi mendapatkan khidmat Haiqal dan Zahirudin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan