Iklan

Pengikut

Rabu, 29 Jun 2011

Malaysia VS Chinese Taipei

Rabu, 29 Jun - Wakil LMFC mengucapkan tahniah kepada jululatih pasukan Malaysia, Dato K.Rajagopal dan juga para pemain kerana berjaya menewaskan pasukan Chinese Taipei ataupun lebih dikenali sebagai Taiwan oleh penduduk tempatan.


Jika dilihat pada kedudukan ranking FIFA, Malaysia berada ditangga ke-144 manakala Taiwan berada 21 tangga dibawah Malaysia iaitu tangga ke-165. Oleh yang demikian, kemenangan pasukan Harimau Malaya ini sudah dapat dijangka oleh ramai penyokong pasukan Harimau Malaya ini.

Jumaat, 17 Jun 2011

Majlis Perpisahan@BBQ

Pimping, 17 Jun - Satu majlis telah diadakan bersempena penutupan " RoadTour Futsal LMFC" . Selain itu juga, majlis  ini diadakan sebagai majlis perpisahan untuk dua orang pemain LMFC yang akan meninggalkan tanah air demi meneruskan perjuangan dalam bidang masing-masing. Ruzaini akan berangkat pulang pada esok pagi dengan penerbangan yang pertama ke KLIA pada jam 8 pagi. Dan pemain kedua yang akan berangkat meninggalkan tanah air pada 4hb Julai ini iaitu Saddam.

Rabu, 15 Jun 2011

Kami Dicari????

Membakut, 15 Jun - Setiausaha Limau Manis Fc telah mengulas kepada media bahawa pasukan mereka kini semakin diburu oleh pasukan lain yang begitu teruja untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan baru yang kian melonjak naik di dalam persada sukan. " Saya bukanlah hendak meninggi diri dan bongkak,tapi ini semua kenyataan yang para penyokong sendiri dan anda sendiri boleh lihat kebangkitan kami."
(Hilpi menjalani proses rawatan)

Spekulasi perpindahan pemain


Kuala Penyu, 15 Jun - Pemain pertahanan kental Limau Manis FC, Hafiz, menyatakan hasrat akan mempertimbangkan keinginan Pimping Mix FC untuk menggunakan semula khidmatnya dan dua hari lepas, dia (hafiz) memulakan latihan bersama Pimping Mix FC dalam satu perlawanan persahabatan menentang All Star FC.


Hafiz ketika ditemui media
"Ianya belum pasti lagi, saya  hanya menyatakan hasrat untuk mempertimbangkannya. Saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan dan mereka memberikan kuasa penuh kepada saya untuk menentukan hala tuju saya sendiri", ulas Hafiz (gambar kiri) ketika ditemui.

Selasa, 14 Jun 2011

Pinjaman Baru? Khidmat Semula? Pinjaman Semula?


Membakut, 14 Jun -
"Saya merasa terlalu berat hati untuk meninggalkan pasukan ini,kerana saya terlalu sayang akan pasukan ini. Kami bermain dengan baik dan cemerlang! Terlalu berat untuk saya pergi walaupun hanya sementara." kata Ruzaini kepada media. Beliau yang bakal kembali semula ke IPG untuk meneruskan kontrak pinjamannya untuk musim ini. Beliau yang telah menandatangi kontrak selama 5 tahun dengan IPG bermula pada awal tahun 2010 selepas beliau berjaya menarik minat IPG untuk mendapat khidmatnya.

Ahad, 12 Jun 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Tanggal kedua belas bulan keenam setiap tahun bermula daripada tahun 1991 merupakan tarikh keramat bagi salah seorang ahli kelab Limau Manis FC. Jika diimbau kenangan 20 tahun yang lalu, sahabat ini hanya tahu menangis. Keluar sahaja untuk melihat keindahan alam ciptaan-Nya, dia menangis. Nak minum dia menangis, nak pelukan dia menangis. Namun, tangisan inilah yang akhirnya menjadikannya seorang insan yang cemerlang pada hari ini.

Jumaat, 10 Jun 2011

Dash Milow FC kecundang

Barisan pemain LMFC
Kota Kinabalu, 9 Jun - Limau Manis FC sekali lagi menerima cabaran dari sebuah pasukan yang masih muda dalam arena futsal ini iaitu Dash Milow FC. Sepak mula dimulakan seawal jam 11 setengah tengahari di Suria Futsal Centre, Jesselton Point.


Khamis, 9 Jun 2011

LMFC hanya mampu mengutip 1 mata

Kota Kinabalu, 8 Jun, Khamis - Pasukan Limau Manis FC telah mula menggorak langkah setapak lebih kehadapan dengan memulakan Road tour Futsal. Perlawanan pertama yang dirancang adalah menentang pasukan Dash Milow FC. Namun begitu, pasukan Dash Milow FC telah menangguhkan perlawanan.

Walaubagaimanapun, pada sebelah malam, Limau Manis FC memulakan Road tour Futsal dengan menentang pasukan Passompa FC. Tepat jam 11.00 malam perlawanan antara Passompa Fc dan Limau Manis Fc yang berlangsung di Borneo Sport Arena, Kelombong.

Limau Manis FC mengatur serangan.

Isnin, 6 Jun 2011

Penubuhan Limau Manis FC


Salam Alayk kepada semua pembaca

Logo rasmi Limau Manis FC

Limau Manis FC (LMFC) merupakan sebuah kelab yang berlandaskan bidang sukan. Kelab ini mempunyai pelbagai cabang bidang sukan yang berbeza dan dari hari ke hari cabang sukan kelab ini semakin bertambah. Antara bidang sukan yang diceburi oleh LMFC ialah :