Iklan

Pengikut

Rabu, 15 Jun 2011

Kami Dicari????

Membakut, 15 Jun - Setiausaha Limau Manis Fc telah mengulas kepada media bahawa pasukan mereka kini semakin diburu oleh pasukan lain yang begitu teruja untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan baru yang kian melonjak naik di dalam persada sukan. " Saya bukanlah hendak meninggi diri dan bongkak,tapi ini semua kenyataan yang para penyokong sendiri dan anda sendiri boleh lihat kebangkitan kami."
(Hilpi menjalani proses rawatan)
" Saya sering dihubungi oleh wakil pasukan lain untuk mengadakan perlawanan persahabatan tetapi saya dengan berat hati terpaksa menolak semua pelawaan tersebut. Bukan kerana kami memandang rendah pada mereka tetapi ini terdapat beberapa pemain utama Limau Manis Fc telah cedera semasa RoadTour kami baru-baru ini. Kami tidak mahu membahayakan kesihatan para pemain kami hanya semata-mata untuk memenuhi permintaan mereka." ulasan pengurus kelab tersebut.

Namun begitu,pasukan ini harus di puji atas kecemerlangan mereka,ini kerana 
dengan sekelip mata sahaja mereka berjaya menarik tumpuan pasukan yang lebih 
senior daripada mereka. Teruskan usaha anda LImau Manis Fc!!                              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan