Iklan

Pengikut

Khamis, 27 Oktober 2011

Dua hari sebelum kejohanan


Papar, 27 Oktober : Kem latihan Limau Manis FC menerima berita buruk semasa latihan sedang giat dilakukan pagi kemarin sejurus selepas penyerang sensasi mereka, Jomo Suang, mengalami kecederaan. Jomo terus dibawa ke pusat rawatan dalam kem sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabert, Kota Kinabalu.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Kem latihan meriah

Kolombong, 13 Oktober - Salah seorang pemain yang disenaraikan dalam barisan pemain pasukan Vetoa FC yang bakal beraksi dalam kejohanan Piala ADUN Membakut 2011 iaitu Affiq Ariffin telah melaoprkan diri ke kem latihan skuad Vetoa malam semalam. Suasana kem kelihatan begitu gembira menyambut Affiq yang berkemungkinan besar akan mengetuai barisan serangan pasukan Vetoa FC.

" Saya sangat seronok apabila menjejakkan kaki ke kem latihan ini. Semua orang kelihatan gembira melihat kehadiran saya. Ianya merupakan satu motivasi bagi saya untuk beraksi dengan baik hujung bulan ini ", kata Affiq (gambar) ketika ditemui.

Rabu, 5 Oktober 2011

Side Back Vetoa Fc kecewa

Rabu, Mukah - Side Back Vetoa Fc mengulas semasa sidang media kelmarin, "jangan pendang rendah kemampuan kami, kami bukan yang dulu lagi! pasukan-pasukan harus bersedia dengan apa yang mereka minta."

Saddam amat terkilan setelah gagal untuk beraksi bersama Vetoa Fc merebut Kojohanan Piala ADUN Membakut yang dijangkakan akan berlangsung pada pertengahan bulan Okteber ini. Beliau yang kini berada di Sarawak untuk menjalani latihan insiatif dan pada masa yang sama bermain bersama pasukan lain di Sarawak.

" Kami cukup yakin "

Rabu, Tuaran - Ketua pasukan Vetoa FC yang juga merupakan Pemangku Presiden Kelab Vetoa dan bekas pemain utama pasukan Limau Manis FC berkata bahawa mereka sudah bersedia untuk beraksi dalam Kejohanan Piala ADUN Membakut 2011 hujung bulan ini.  Syazwan (kiri) ketika ditemui media menyatakan bahawa mereka cukup yakin mampu berdiri sebaris dengan beberapa pasukan pilihan kejohanan seperti Real Pimping FC dan Pimping Mix FC.