Iklan

Pengikut

Khamis, 27 Oktober 2011

Dua hari sebelum kejohanan


Papar, 27 Oktober : Kem latihan Limau Manis FC menerima berita buruk semasa latihan sedang giat dilakukan pagi kemarin sejurus selepas penyerang sensasi mereka, Jomo Suang, mengalami kecederaan. Jomo terus dibawa ke pusat rawatan dalam kem sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabert, Kota Kinabalu.




Pakar fisioterapi menyatakan bahawa kemungkinan besar dia tidak dapat bermain untuk hujung minggu ini. Beliau telah mengalami kecederaan teruk di pergelangan kaki.
Beliau meluahkan rasa kecewanya ketika ditemu bual di siaran ESPN semalam. "Saya merasa sangat kecewa kerana kecederaan yang saya alami telah menyebabkan saya digugurkan dari skuad. Saya telah berlatih dengan bersunguh-sungguh untuk dapat menyertai pasukan saya dalam kejohanan kali ini. Namun, nasib saya agak malang apabila telah mengalami sedikit kecederaan ketika menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan. Saya berharap kontrak saya bersama pasukan ini dapat dilanjutkan walaupun saya jarang mendapat peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama."
Ketika ditanya mengenai tawaran dari pasukan lain beliau menjawab, "saya banyak mendapat tawaran dari banyak kelab ternama seperti Manchester United, Manchester City, Barcelona, Bayern Munich, Inter Milan, Terengganu, LA Galaxy dan juga QPR. Namun saya menolak tawaran mereka kerana bagi saya bermain untuk Vetoa FC merupakan satu keseronokan yang tidak akan saya perolehi ketika bermain di kelab-kelab lain. Kami bermain satu pasukan dan semangat berjuang kami sangat tinggi. Oleh itu, saya berharap rakan sepasukan saya dapat memberikan persembahan yang terbaik di dalam kejohanan yang akan datang ini”.
Ketua pasukan Vetoa FC menyatakan bahawa beliau sangat terkilan dengan apa yang berlaku. "(Kejohanan) dua hari lagi dah nak mula. Sayang sekali Jomo tidak dapat bersama kami untuk merangkul Piala Kejohanan. Walaubagaimanapun, kami akan sentiasa mendoakan agar dia cepat sembuh".


Pihak media juga sempat menemu bual pengurus pasukan ini mengenai situasi penyerang mereka. "Dia (Jomo Suang) merupakan antara penyerang yang terbaik dalam pasukan. Namun begitu kecederaan yang dia alami mungkin akan menjejaskan reputasinya di atas padang. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk merehatkan dia daripada mengikuti kejohanan pada kali ini." - BERMATA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan