Iklan

Pengikut

Jumaat, 14 Oktober 2011

Kem latihan meriah

Kolombong, 13 Oktober - Salah seorang pemain yang disenaraikan dalam barisan pemain pasukan Vetoa FC yang bakal beraksi dalam kejohanan Piala ADUN Membakut 2011 iaitu Affiq Ariffin telah melaoprkan diri ke kem latihan skuad Vetoa malam semalam. Suasana kem kelihatan begitu gembira menyambut Affiq yang berkemungkinan besar akan mengetuai barisan serangan pasukan Vetoa FC.

" Saya sangat seronok apabila menjejakkan kaki ke kem latihan ini. Semua orang kelihatan gembira melihat kehadiran saya. Ianya merupakan satu motivasi bagi saya untuk beraksi dengan baik hujung bulan ini ", kata Affiq (gambar) ketika ditemui.


Semalam pasukan Vetoa FC bertemu dengan Republik Luagan FC dalam satu perlawanan persahabatan namun pasukan Vetoa FC tewas dengan perbezaan 1 gol. " Walaupun tewas malam ini, namun saya tetap yakin pasukan kami boleh menyerlah dalam kejohanan nanti. RLFC bukan calang-calang pasukan. Kami cukup bertuah kerana mereka sanggup turun untuk menentang kami. Ini satu penghormatan bagi kami ", kata Syazwan ketika ditemu bual media.

Syazwan yang mengalami kecederaan semasa perlawanan semalam tetap gigih menjalani proses pemulihan pagi tadi dan melakukan persiapan untuk kejohanan yang akan datang. Hafiz dan Azrie yang ditemui media semalam menyatakan kerisauan mengenai kecederaan Syazwan kerana pakar fisioterapi menyatakan bahawa Syazwan mungkin tidak dapat beraksi dalam kejohanan hujung bulan ini sekiranya dia tercedera pada tempat yang sama semasa latihan diadakan kelak.

Selain pemain-pemain yang bakal beraksi hujung bulan ini, turut kelihatan beberapa orang pemain Vetoa FC yang tidak dapat turut serta dalam kejohanan yang bakal diadakan 2 minggu lagi seperti Hilfi dan Wan, turun memberikan sokongan dan bersama-sama menjalani latihan malam semalam. Inilah antara kekuatan pasukan Vetoa FC yang sentiasa bersama-sama walaupun berada dalam keadaan yang getir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan