Iklan

Pengikut

Rabu, 5 Oktober 2011

" Kami cukup yakin "

Rabu, Tuaran - Ketua pasukan Vetoa FC yang juga merupakan Pemangku Presiden Kelab Vetoa dan bekas pemain utama pasukan Limau Manis FC berkata bahawa mereka sudah bersedia untuk beraksi dalam Kejohanan Piala ADUN Membakut 2011 hujung bulan ini.  Syazwan (kiri) ketika ditemui media menyatakan bahawa mereka cukup yakin mampu berdiri sebaris dengan beberapa pasukan pilihan kejohanan seperti Real Pimping FC dan Pimping Mix FC.



"Kami tidak menaruh harapan yang besar untuk merangkul Piala kejohanan tapi yang pasti kami akan beraksi sehabis boleh untuk menggenggam piala tersebut", katanya semasa ditemui.


"Dulu saya pernah beraksi untuk pasukan Limau Manis FC yang lebih junior berbanding pasukan Vetoa FC yang saya wakili sekarang dalam kejohanan yang sama dan kami tewas dipusingan pertama, namun kali ini kebanyakkan dari kami sudah cukup matang untuk mengawal permainan didalam padang. Lawan kami harus ingat bahawa sekarang tidak sama seperti dulu", tambahnya lagi.


Vetoa FC dan Limau Manis FC merupakan dua pasukan yang bernaung dibawah Kelab Vetoa, sebuah kelab yang ditubuhkan pada pertengan tahun 2007 dan masih bersaing untuk mendapatkan tempat dalam arena sukan negara sehingga kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan