Iklan

Pengikut

Ahad, 27 November 2011

Malaysia 2 - 3 Bahrain

Ribuan penyokong Malaysia
memenuhi stadium.
Kuala Lumpur, 27 Nov - Jaringan awal pada minit ke 37 oleh pemain Malaysia, Nazmi dan Mahali pada minit ke 67 memberikan kegembiraan kepada para penyokong pasukan Malaysia. Ianya ditambah lagi dengan layangan kad merah daripada pengadil perlawanan kepada seorang pemain pasukan Bahrain pada minit ke 60 setelah mengasari pemain Malaysia. Namun kegembiraan tersebut hanya bertahan sehingga minit ke 80 dimana pemain Bahrain berjaya menjaringkan satu gol yang mengelirukan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi, seterusnya membangkitkan lagi semangat pasukan Bahrain.

Kelayakkan Olimpik London 2012

Membakut, 27 Nov - Sebentar lagi Malaysia bakal menentang pasukan Bahrain digelanggang sendiri iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan. Persoalannya ialah adakah Malaysia mampu melupakan kekecewaan tewas ditangan Jepun dan Syria pada dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum perlawanan malam ini dan menebus kekalahan malam ini agar dapat meneruskan perjuangan bagi melayakkan diri ke sukan Olimpik di London tahun hadapan? Atau menjadi pasukan pelengkap jadual sekiranya tewas ditangan pasukan Bahrain?