Iklan

Pengikut

Ahad, 27 November 2011

Malaysia 2 - 3 Bahrain

Ribuan penyokong Malaysia
memenuhi stadium.
Kuala Lumpur, 27 Nov - Jaringan awal pada minit ke 37 oleh pemain Malaysia, Nazmi dan Mahali pada minit ke 67 memberikan kegembiraan kepada para penyokong pasukan Malaysia. Ianya ditambah lagi dengan layangan kad merah daripada pengadil perlawanan kepada seorang pemain pasukan Bahrain pada minit ke 60 setelah mengasari pemain Malaysia. Namun kegembiraan tersebut hanya bertahan sehingga minit ke 80 dimana pemain Bahrain berjaya menjaringkan satu gol yang mengelirukan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi, seterusnya membangkitkan lagi semangat pasukan Bahrain.


keadaan stadium mula sepi dengan kehadiran gol pertama Bahrain
Akhirnya pada minti ke 83, pemain Malaysia dipersalahkan kerana mengasari pemain Bahrain diluar kotak penalti seterusnya Bahrain diberikan satu sepakan percuma. Sepakan percuma ini terus ditujukan ke gawang gol Malaysia dan sekali lagi berjaya menewaskan penjaga gol Malaysia lalu Bahrain berjaya mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke 84. Sekali lagi kealpaan pasukan Malaysia dihukum pasukan Bahrain apabila Bahrain sekali lagi berjaya mengatur serangan dan menghancurkan benteng pertahanan pasukan Malaysia sebelum berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 85, seminit sejurus gol kedua Bahrain dihasilkan.


Kekecewaan kekalahan pasukan Malaysia pada malam ini bukan sahaja dirasai oleh pemain serta pengurus pasukan, malah ianya menjadikan penyokong-penyokong Malaysia merasa kecewa dan tertekan selepas menyaksikan perlawanan pasukan Malaysia yang suatu masa mendahului pasukan Bahrain dan Bahrain terpaksa bermain dengan 10 orang pada masa itu, namun keputusan akhir menunjukkan Malaysia tewas 2-3 ditangan Bahrain. 3 gol yang dihasilkan pasukan Bahrain dalam masa 6 minit sangat mengecewakan penyokong-penyokong Harimau Muda.

Walaubagaimanapun, penyokong Harimau Muda masih yakin dengan kemampuan pasukan Malaysia untuk beraksi di sukan Olimpik tahun hadapan kerana perlawanan peringkat kumpulan masih belum berakhir. Malaysia masih berpeluang untuk mara ke sukan Olimpik sekiranya berjaya mengutip 9 mata dalam 3 perlawanan terakhir menentang Jepun di Stadium Bukit Jalil serta menentang Syria dan Bahrain ditempat lawan.

Vetoa FC juga berbangga kerana pasukan Bahrain tidak perlu menaiki kenderaan kebal untuk meninggalkan stadium menuju ke kawasan penginapan. Kami bangga menjadi rakyat Malaysia :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan