Iklan

Pengikut

Jumaat, 17 Jun 2011

Majlis Perpisahan@BBQ

Pimping, 17 Jun - Satu majlis telah diadakan bersempena penutupan " RoadTour Futsal LMFC" . Selain itu juga, majlis  ini diadakan sebagai majlis perpisahan untuk dua orang pemain LMFC yang akan meninggalkan tanah air demi meneruskan perjuangan dalam bidang masing-masing. Ruzaini akan berangkat pulang pada esok pagi dengan penerbangan yang pertama ke KLIA pada jam 8 pagi. Dan pemain kedua yang akan berangkat meninggalkan tanah air pada 4hb Julai ini iaitu Saddam.




"dua pemain ini merupakan antara pertahanan terbaik kami dan mereka bermain penuh dedikasi yang tinggi. Walaupun berat namun kami harus relakan, ini kerana mereka memikul tanggungjawab yang lebih lagi." ulas Azrie ketika di temui. Saddam dan Ruzaini antara tulang belakang pasukan ini dan antara senior kalangan LMFC.

BBQ LMFC
Majlis ini dihadiri para pemain LMFC, walaupun hanya segelintir para pemain yang menghadiri namun begitu, majlis ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semoga kekebalan pasukan ini semakin tegap dan padu dan tetap teguh dari sebarang halangan menimpa! Good Luck LMFC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan