Iklan

Pengikut

Isnin, 6 Jun 2011

Penubuhan Limau Manis FC


Salam Alayk kepada semua pembaca

Logo rasmi Limau Manis FC

Limau Manis FC (LMFC) merupakan sebuah kelab yang berlandaskan bidang sukan. Kelab ini mempunyai pelbagai cabang bidang sukan yang berbeza dan dari hari ke hari cabang sukan kelab ini semakin bertambah. Antara bidang sukan yang diceburi oleh LMFC ialah :
  1. Bola sepak (11/9 sebelah).
  2. Futsal.
  3. Badminton.
  4. Sepak Takraw.
  5. Hoki.
  6. Bola Tampar.
  7. Bola Jaring.
Untuk pengetahuan para pembaca, ahli LMFC bukan sahaja terdiri daripada kaum lelaki, malahan terdapat beberapa ahli perempuan dalam kelab ini . Walaubagaimanapun, ahli perempuan LMFC tidaklah seramai ahli lelakinya.

Penubuhan LMFC bermula pada awal bulan Mac 2007. Pada waktu itu kelab ini belum lagi menunjukkan belangnya. Setelah beberapa bulan ditubuhkan, kira-kira pada pertengahan tahun 2007, kelab ini mula membuka haluannya dan mula berkembang dalam bidang sukan negara. Pada awalnya kelab ini hanya mempunyai kekuatan seramai 5 orang sahaja. Namun disebabkan LMFC bergerak dengan sangat aktif, pada tahun 2011, kelab ini sudah mempunyai ahli yang berdaftar seramai 50 orang yang mana terdiri daripada lelaki dan perempuan.

LMFC pernah senyap selama setahun kerana ahli-ahlinya yang aktif meneruskan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia. Hal ini disebabkan faktor jarak yang menjauhkan mereka dan akhirnya melumpuhkan gerakan kelab ini. Setelah beberapa inisiatif diambil, akhirnya pada awal tahun 2011, kelab ini mula bergiat aktif kembali.

Penubuhan asal kelab ini hanyalah sekadar untuk hiburan dan enjoyable. Namun kini LMFC lebih teratur dan sistematik dari segi pengurusan dan perancangan. LMFC memulakan perjalanannya di arena sukan negara dengan menyertai pertandingan futsal yang telah dianjurkan di Kota Kinabalu. Namun begitu, pasukan LMFC gagal merebut gelaran juara. Hal ini tidak menjadikan LMFC berputus asa malah ianya menjadikan LMFC bertambah kuat. Limau Manis FC dengan azam dan semangat yang menggunung tinggi meneruskan perjalanannya yang penuh dengan halangan.

Baru-baru ini, pada 30-31 Mei 2011 yang lalu, LMFC sekali lagi menguji kekuatan mereka dengan menyertai pertandingan futsal anjuran UMNO yang diadakan di Bongawan, Sabah bagi merebut tempat untuk mewakili Parlimen Kimanis ke Putrajaya, Disember ini. Namun LMFC sekali lagi menemui jalan buntu untuk meneruskan perjuangan bagi merebut kejuaraan. Walaubagaimanapun, pujian tetap diberikan kepada LMFC kerana telah berjaya melepasi pusingan pertama dengan gelaran juara kumpulan dan memberikan saingan sengit dalam peringkat knockout sebelum kalah ditangan rakan seperjuangan, Real Pimping FC. 


LMFC menentang Real Pimping FC

Kini, kelab Limau Manis FC meneruskan lagi perjuangannya didalam bidang sukan ini dengan mengadakan lebih banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan yang ternama. Setakat ini, LMFC mencipta rekodnya sendiri dengan memenangi perlawanan-perlawanan persahabatan tanpa kalah sekali pun.

1 ulasan: