Iklan

Pengikut

Khamis, 9 Jun 2011

LMFC hanya mampu mengutip 1 mata

Kota Kinabalu, 8 Jun, Khamis - Pasukan Limau Manis FC telah mula menggorak langkah setapak lebih kehadapan dengan memulakan Road tour Futsal. Perlawanan pertama yang dirancang adalah menentang pasukan Dash Milow FC. Namun begitu, pasukan Dash Milow FC telah menangguhkan perlawanan.

Walaubagaimanapun, pada sebelah malam, Limau Manis FC memulakan Road tour Futsal dengan menentang pasukan Passompa FC. Tepat jam 11.00 malam perlawanan antara Passompa Fc dan Limau Manis Fc yang berlangsung di Borneo Sport Arena, Kelombong.

Limau Manis FC mengatur serangan.


Perlawanan antara Passompa FC dan Limau Manis FC merupakan satu perlawanan yang sangat sengit, dimana kedua-dua pasukan berbalas-balas serangan. Kedua-dua pasukan terus menerus berbalas jaringan. Suatu ketika, Limau Manis FC mendahului Passompa FC, namun pada minit-minit terakhir perlawanan, Passompa FC berjaya menyamakan kedudukan dengan jaringan 5 gol berbalas 5 gol.

" Saya amat berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh para pemain meskipun pada awalnya kami ketinggalan beberapa jaringan. Namun ini semua hanya permulaan bagi kami. Dan ianya satu permulaan yang baik ", ulas Syazwan ketika ditemui.

" Pemain harapan perlawanan kali ini saya berikan kepada Safirul kerana corak permainan yang ditunjukkan sangat memberansangkan dan dia (Safirul) memang sangat layak menjadi ketua pasukan ini ", tambahnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan