Iklan

Pengikut

Ahad, 3 Julai 2011

Saya Pergi

Ahad,Membakut- Satu pernyataan telah dibuat oleh salah seorang pemain LMFC Saddam semasa sesi sidang media di Membakut pagi kelmarin. Dalam kenyataan beliau berkata " saya amat berat hati untuk meniggalkan tanah air ini tapi saya kena pergi demi meneruskan dan mencari kejayaan masa depan saya. Kelab ini memahami pemergian saya adalah demi perjuangan masa depan saya dan mereka juga tidak melarang saya untuk menimbah pengalaman di negeri orang ".


Saddam merupakan salah seorang pemain senior dalam LMFC,beliau seirng dikaitkan dengan permainan yang keras dan berani mati tapi beliau merupakan salah seorang pemain yang banyak menyumbang jasa. Di golongan senior,dia merupakan pemain yang masih baru dalam arena futsal ini kerana beliau berhenti bermain pada sekolah menengah dan menumpukan sepenuhnya pada sukan hoki. Namun kini,beliau kembali bermain demi menyumbang jasa dan keringatnya demi LMFC. 

Beliau juga sering di panggil oleh bekas pasukan mereka yang mana pernah disertai oleh Syazwan,Hafiz,Azrie dan Ruzaini. Dan beliau kini akan pergi meninggalkan semuanya buat sementara waktu demi masa depannya. 

Sebelum menamatkan sesi bersama media kelmarin,beliau telah mengeluarkan satu kenyataan yang amat berat untuk diungkapkan olehnya, " Saya Pergi".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan